IKHLAS SAVING TAKAFUL

Pengenalan

Ikhlas Simpanan Takaful

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:
•Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.
Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.
MANFAAT TEMPOH MATANGApabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.
JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.
 Mengapa IKHLAS Saving Takaful?
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.
PILIHAN RIDER TAMBAHAN 
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.
PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

Manfaat Perlindungan
Setiap Pelan Asas akan disertakan dengan Manafaat Perlindungan Tambahan bagi membolehkan pesrta dilindungi sepenuhnya oleh mana-mana Pelan Asas Takaful Keluarga, antaranya adalah;
Ikhlas Accidental Death & Disability Takaful Rider
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sekiranya berlaku kemalangan akibat kemalangan peserta dalam tempoh sijil, Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi akan di bayar kepada waris atau keluarga terdekat peserta.
Manfaat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) Akibat Kemalangan
Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh dan kekal (TPD) peserta akibat kemalangan dalam tempoh sijil. Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada akaun pelaburan risiko peribadi peserta akan di bayar kepada peserta.
Manfaat Hilang Upaya Separa Dan kekal Akibat Kemalangan
Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan kekal peserta akibat kemalangan peserta dalam tempoh pegangan sijil. Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada peserta.
Ikhlas Critical Illness Takaful Rider
Ikhlas Critical Illness Takaful Rider merupakan pelan perlindungan Takaful tahap perseorangan untuk tujuan memberi perlindungan kewangan ke atas serangan penyakit kritikal sepanjang tempoh sijil sepertimana yang dinyatakan dalam sijil.
Perlindungan Ke Atas 39 Penyakit Kritikal


Pelan ini terdapat dalam dua (2) bentuk :-

1. Pelan Bayaran Awal
Sebaik sahaja peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, rider ini membolehkan bayaran awal ke atas jumlah perlindungan penyakit kritikal dibayar sekaligus, berdasarkan kepada jumlah perlindungan asas . Tuntutan yang di buat menerusi Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
2.Pelan Tambahan
Rider ini membolehkan bayaran dibuat sekaligus ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal, sebaik sahaja peserta disahkan mengidap penyakit kritikal. Bayaran yang di buat di bawah rider ini tidak akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
Manfaat Tempoh Matang
Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko (PRIA) peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.
Ikhlas Critical Illness takaful Rider direka khusus untuk memberi perlindungan daripada kehilangan kewangan sekiranya anda diserang mana-mana 39 penyakit kritikal seperti disenaraikan. Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal. Julah perlindungan Penyakit kritikal akan di bayar tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
  1. Hilang upaya menyeluruh dan kekal adalah berasaskan kepada definisi sebarang pekerjaan.
  2. Faedah hilang upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang menyakinkan (tempoh menunggu) di mana ketidakupayaan tersebut akan berterusan dalam tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  3. Caj Tambahan ke atas kematian dan/atau pekerjaan akan di tambah sekiranya bersesuaian dengan profil peserta dan definisi Hilang Upaya Menyeluruh (TPD). Caj tambahan akan dihitung sebagai faktor berganda kepada kadar minimum bersih. Tiada apa-apa diskaun akan diberi kerana ini merupakan kadar minimum bersih.
  4. Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.
  5. Penyakit kritikal yang disahkan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh sijil dikeluarkan atau dikuatkuasakan semula, tidak dilindungi.
Jumlah Perlindungan
Anda boleh memilih jumlah perlindungan tidak melebihi jumlah perlindungan asas.
Pulangan Pelaburan Yang Lebih baik
Model Takaful Ikhlas membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Manfaat Elaun Harian Hospital
Sijil berkuatkuasa lebih daripada sembilan puluh (90) hari, dan penamatan seperti yang dinyatakan di dalam ini, Peserta di tahan di dalam Pusat Perubatan Kerajaan atau yang berlesen dan dibenarkan atau di hospital yang dibenarkan oleh Syarikat atas syor dan kebenaran doctor atau doctor bedah yang berkelayakan secara sah, maka tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam ini. Syarikat akan membayar kepada peserta manfaat harian hospital pada kadar yang ditunjukan pada helaian maklumat sijil berhubung dengan tempoh beliau di tahan tersebut.

JikaPembayaran manfaat hanya akan berkuatkuasa sekiranya Peserta dimasukkan ke Hospital lebih dari enam (6) jam (Tidak termasuk Rawatan Penjagaan Harian) dan maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada jumlah agregat tiga ratus enam puluh lima (365) hari ke atas semua sebab-sebab kemasukan ke hospital, yang mana selepas daripada itu Sijil Tambahan ini akan ditamatkan. Jumlah maksima bilangan hari bagi manfaat ini adalah seratus lapan puluh (180) hari bagi setiap kemasukan ke Hospital akibat daripada kemalangan atau sakit.


Perbelanjaan Pengurusan Pengebumian Kematian

“ Tiada Apa Yang Boleh Menghalang Yang Tercinta daripada Terus Menjalani Liku Kehidupan Ini, Seandainya Segala Keperluan Masa Depan Mereka Sudah Di Atur”

Manfaat dicipta untuk memberi perlindungan ke atas kematian peserta di dalam tempoh penyertaan.

Apabila berlakunya kematian kepada peserta selepas mendapat bukti yang memuaskan Takaful ikhlas akan membayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau Wasi kepada peserta, manfaat seperti yang tertetera di helaian maklumat. Satu daripada dokumen-dokumen berikut dianggap sebagai bukti sah oleh takaful Ikhlas bagi membayar manfaat :-
  1. Sijil Kematian yang asal/Salinan yang disahkan; atau
  2. Permit Pengebumian atau penguburan yang asal/salinan yang disahkan.
Notis Tuntutan
Notis terhadap tuntutan hendaklah dikemukan secara bertulis dengan segera kepada Takaful ikhlas di Pejabat Utama atau di mana-mana pejabat cawangan dalam tempoh tujuh (7) hari, dan Takaful Ikhlas apabila menerima bukti kematian dan meluluskannya akan membayar amaun sebagaimana yang tercatit di dalam helaian maklumat sijil. Kegagalan mengemukan notis dalam tempoh yang dinyatakan tidak akan menyebabkan tuntutan ini tidak sah jika boleh ditunjukkan sebab-sebab yang munasabah bahawa notis ini sememangnya tidak dapat dikemukan dengan segera yang mungkin.
Apakah Yang Dilindungi Oleh Manfaat Ini.
Manfaat ini direka untuk memberi bantuan kewangan segera kepada waris terdekat peserta jika berlaku kematian ke atas peserta. Apabila berlaku kematian peserta dalam tempoh pegangan sijil, Jumlah perlindungan ke atas perbelanjaan pengkebumian beserta dengan jumlah lebihan dalam Akaun Pelaburan Risiko peribadi (PRIA) peserta akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya.
Mengapa Memilih Manfaat Ini?
Kelulusan Tuntutan Yang Mudah Dan Cepat
Sebaik sahaja berpuas hati dengan bukti kematian, waris atau keluarga terdekat peserta akan menerima manfaat perbelanjaan kematian secepat mungkin tanpa perlu menghantar dokumen sampingan sebagai dokumen.
Pengecualian Caruman (Ikhlas Waiver Contribution Takaful Rider)

“ Kehidupan Penuh Dengan Cubaan Dan Dugaan Dan Pengecualian Caruman Merupakan Pelan yang Anda Perlukan Untuk Bersedia Menghadapi Ketidaktentuan Di Dalam Kehidupan Ini”

Manfaat Tambahan ini merupakan pelan Takaful Rider yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas. Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal seperti dinyatakan di dalam sijil, semua sumbangan masa hadapan akan dikecualikan.

Apakah yang Dilindungi Oleh Ikhlas Waiver Of Contribution
Merupakan pelan yang membenarkan semua sumbanganmasa depan (termasuk rider-rider yang disertakan , kecuali rider penyakit kritikal) dikecualikan sebaik sahaja peserta disahkan mengidap salah satu daripada 39 jenis penyait kritikal seperti yang dinyatakan di dalam kontrak.
Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat pelan akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut ;-
  1. Hilang upaya menyeluruh dan kekal adalah berdasarkan kepada definisi ‘sebarang pekerjaan’.
  2. Manfaat hilang upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang menyakinkan (Tempoh menunggu) di mana ketidakupayaan tersebuat akan berterusan dalam tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  3. Takaful Ikhlas Berhak untuk mengenakan sumbangan tambahan sekiranya terdapat laporan pemeriksaan perubatan peserta yang kurang memuaskan.
  4. Keadaan kesihatan sebelum menyertai sijil ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah siil.
  5. Setelah Sijil Setelah Sijil berkuatkuasa selama Enam Puluh (60) hari dari tarikh berkuatkuasanya polisi atau sijil ini, yang mana-mana terkemudian atau tarikh.
Pulangan Pelaburan Yang Lebih Baik
Model Takaful Ikhlas membolehkan Takaful Ikhlas mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta.



Jadual Pampasan

Manfaat Hilang Upaya Separa Kekal Dan kekal Akibat Kemalangan
Perlindungan Ke Atas 39 Penyakit Kritikal

Apakah Yang Dilindungi Oleh Ikhlas Critical Illness Takaful Rider
Ikhlas Critical Illness Takaful Rider memberi perlindungan dan ketenangan fikiran kepada peserta dan keluarga di kala peserta disahkan mengidap penyakit kritikal.
Pelan Ini Memberi Perlindungan Ke Atas :-
39 Penyakit Kritikal
Rider ini membuat pembayaran 100% daripada jumlah perlindungan ke atas penyakit kritikal sebaik sahaja peserta disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam pelan.
1.Angin Ahmar
Ditakrifkan sebagai kecederaan pembuluh darah pada pada otak ataupun insiden yang mengakibatkan masalah sistem saraf yang berkekalan di mana ianya berlanjutan tidak kurang dari enam (6) bulan. Kematian sel tisu otak, pendarahan dan emboli berpunca daripada sumber dari luar kawasan tengkorak kepala adalah termasuk di dalam definisi ini.Diagnosis mestilah berasaskan kepada perubahan-perubahan yang dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh Pakar Neurologi.
Pengecualian khususnya adalah gejala-gejala cerebral seperti serangan kekurangan darah sementara, sebarang defisit sistem saraf yang boleh pulih, gejala-gejala cerebral disebabkan oleh migraine atau penyakit pembuluh darah di bahagian mata atau saraf optic atau fungsi vestibular (keseimbangan).
2.Serangan Sakit Jantung
Kematian sebahagian dari otot jantung (myocardium) disebabkan oleh ketidakcukupan bekalan darah dan dibuktikan melalui :
a. Sejarah berlakunya sakit dada yang tipikal. 
b. Perubahan-perubahan baru yang ditunjukkan melalui elektrokardiograf.
c. Kenaikan enzim kardiak (CK-MB) melebihi kadar normal yang biasanya digunapakai oleh kebanyakan makmal. 


Diagnosis berdasarkan kenaikan ujian Troponin T sahaja tidak dianggap sebagai pengesahan serangan sakit jantung sakit dada (angina) adalah dikecualikan.
3.Penyakit Koronari Arteri Memerlukan Pembedahan
Merujuk kepada pembedahan secara pintasan artesri Koronari melalui pembukaan di bahagian thoraks (dada) bagi membetulkan atau merawat arteri lotonari yang berpenyakit tetapi tidak termasuk di dalam konteks ini adalah angioplasty atau lain-lain prosidur melalui intra-arteri “Lubang Kunci” atau laser.
4.Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Serius
Pengecilan saluran pembuluh darah ke atas sekurang-kurangnya 3 arteri yang utama iaitu Arteri Circumflex, Arteri Koronari Kanan dan Arteri Kiri Anterior Descending dengan pengecilan sekurang-kurangnya enam puluh peratus (60%) atau lebih seperti yang dibuktikan secara kajian saluran darah koronari (coronary angiography). Manfaat ini adalah boleh dibayar tanpa mengambil kira sebarang pembedahan arteri koronari telah dilakukan atau tidak.
5. Penggantian Injap Jantung
Bermaksud menjalani pembedahan secara sebenarnya melalui pembedahan dada terbuka bagi menggantikan atau membaiki injap jantung yang rosak akibat dari oleh kecacatan injap jantung atau injap yang menjadi abnormal selepas dari tarikh kuatkuasa atau penguatkuasaan semula sijil. Sebarang pembaikan secara valvotomi, prosidur melalui arteri pembedahan “Lubang Kunci” atau teknik-teknik lain yang bersamaan adalah dikecualikan.
6. Pembedahan Aorta
Pembedahan sama ada melaui pembedahan dada terbuka atau abdomen bagi membaiki atau membetulkan aneurisma aorta sekatan ke atas aorta atau pengecilan pada saluran aorta. Bagi tujuam ini definisi aorta adalah bermaksud aorta thoraks dan abdomen tetapi bukan mana-mana cabang darinya.
7. Koma
Keadaan di mana tidak sedarkan diri dengan ketiadaan sebarang reaksi atau respon terhadap rangsangan luaran dan dalaman berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem bantuan hidup serta mengakibatkan desifit pada sistem saraf berlanjutan lebih daripada tiga puluh (30) hari. Pengesahan daripada pakar perunding Neurologi adalah diperlukan. Koma yang disebabkan oleh kecederaan yang dilakukan sendiri alkohol atau penyalahgunaan dadah adalah dikecualikan.
8. Tekanan Darah Tinggi Arteri Pulmonari Primer
Bermaksud tekanan darah tinggi Arteri Pulmonari Primer dengan pembesaran nyata pada ventrikel kanan pada jantung yang dibuktikan secara siasatan termasuklah pengkatheteran kardiak yang menyebabkan kerosakn fizikal yang kekal dan tidak boleh berubah sekurang-kurangnya sehingga tahap 3 Klasifikasi keroskan Jantung Persatuan Kardiak New York, yang menyebabkan pemilik Sijil tidak berupaya untuk melaksanakan pekerjaannya.
9. Ketumbuhan Begigna Otak
Iaitu ketumbuhan bukan kanser yang membahayakan nyawa dengan cirri-ciri seperti peningkatan tekanan di dalam tengkorak kepala seperti papilloedema (pemnebgkakan pada cakera optik) gejala-gejala mental, sawan serta gangguan pada pancaindera. Kewujudan ketumbuhan ini haruslah dibuktikan secara kajian imbasan seperti imbasan CT atau MRI. Berikut ini adalah dikecualikan:
a. Sista
b. Granuloma
c. Pembentukan abnormal di dalam atau pada saluran arteri atau vena otak.
d. Haematoma
e. Ketumbuhan di dalam kelenjar pitultary atau tulang belakang.
f. Ketumbuhan saraf akoustik.
10. Radang Otak (Encephalitis)
Radang otak yang parah menyebabkan gangguan nyata dan kekal pada sistem saraf bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi. Defisit kekal yang dinyatakan mestilah berkesudahan dengan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian yang akan ditakrifkan kemudian daripada ini, dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peralatankhas atau lain-lain peralatan bantuan serta penyesuaian yang digunakan oleh orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini maksud “kekal” merujuk kepada ketiadaan harapan untuk sembuhdengan bantuan teknologi dan pengetahuan perubatan terkini. Radang Otak akibat daripad nagkitan HIV adalah dikecualikan.
11. Meningtis Bakteria
Radang pada membran otak dan saraf tunjang akibat serangan bakteria yang menyebabkan radang pada membran otak serta saraf tunjang mengakibatkan defisit neurology yang kekal sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari. Defisit yang berkekalan ini mestilah berkesudahan dengan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripad aktiviti kehidupan harian yang akan dihuraikan kemudain daripada ini. Dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peralatan khas atau lain-lain peralatan bantuan serta penyesuaian yang digunakan oleh orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini maksud “kekal” merujuk kepada ketiadaan harapan untuk sembuh dengan bantuan teknologi dan pengetahuan terkini. Diagnosis penyakit ini haruslah disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi.
12. Kerosakan Buah Pinggang
Kerosakan buah pinggang peringkat akhir yang dilihat sebagai keroskan kronik yang kekal pada kedua-dua buah pingang yang mengakibatkan ketidakfungsiannya, di mana akibatnya rwatan dialisis yang rutin atau pembedahan pemindahan renal diperlukan.
13. Penyakit Sista Medulla
Merupakan penyakit keturunan yang progresif ke atas buah pinggang dengan cirri-ciri kewujudan sista pada bahagian medulla buah pinggang, atrophi pada tubul dan fibrosis pada ruang di antara sel-sel dengan manifestasi-manifestasi klinikal seperti anaemia, kerap buang air kecil dan kehilangan sodium melalui buah pinggang secara berperingkat menyebabkab seterusnya kegagalan krinik bauh pinggang. Diagnosis haruslah disokong dengan biopsy buah pinggang.
14. Lupus Erythernatosus Menyeluruh (SLE) dengan Lupus Nephritis
Merupakan suatu penyakit autoimun pelbagai faktor yang menyerang pelbagai sistem dan selalunya menyerang wanita di dalam tempoh usia produktif dengan cirri-ciri seperti penghasilan antibody terhadap badan yang mana diarahkan melawan antigen-antigen sendiri. Bagi tujuan Sijil ini SLE akan dihadkan kepada jenis-jenis Lupus Eryternatosus menyeluruh yang menyerang buah pingang (Jenis III hingga IV Lupus nephritis dikenal pasti secara biopsi). Kain-lain bentuk lupus discoid dan jenis-jenis lain yang hanya menyerang darah dan sendi adalah dikecualikan. Klasifikasi Lupus Oleh WHO:-
a. Kelas I (Perubahan Minima) – Negatif air kencing normal.
b. Kelas II (Mesangia) – Sedikit protein dikesan pada air kencing mendapan aktif.
c. Kelas III (Fokal bersegmen) – Protein dalam air kencing emndapan aktif.
d. Kelas IV (Tersebar) – Nephritis yang akut dengan mendapan aktif dan/atau Sindrom Nephrotic.
e. Kelas V (Membran) – Sindrom Neprotic atau protein di dalam air kencing yang keterlaluan.
15. Penyakit Hati Kronik
Kerosakan hati peringkat akhir dibuktikan secara berikut :-
a. Jaundis (penyakit demam kuning) yang kekal.
b. Bengkak pada abdomen (acsites).
c. Gangguan pada fungsi otak disebabkan oleh bahan-bahan toksik yang dikumuhkan oleh hati (encephalopathy).
d. Tekanan tinggi pada bahagian portal (portal hypertension).
Wernocke’s Encephalppathy dan penyakit hati akibat dari penggunaan arak dan penyalahguaan dadah adalah dikecualikan.
16. Radang Virus hati fulminant
Ditakrifkan sebagai nekrosis (kematian tisu-tisu) hati yang lengkap atau hamper lengkap akibat dari serangan mana-mana virus menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Kriteria-kreteria diagnosis berikut adalah diperlukan:-
a. Pengecilan saiz hati yang ketara, dibuktikan secara ultrasound bahagian abdomen. 
b. Nekrosis yang melibatkan keseluruh lobul, meninggalkan hanya rangka retikular sahaja.
c. Kemerosotan fungsi hati yang ketara.
d. Jaundis (penyakit demam kuning) yang semakin teruk.
Jangkitan Hepatiris B atau status sebagai pembawa sahaja adalah tidak menepati kriteria diagnosis.
17. Penyakit Paru-paru Kronik
Kegagalan sistem pernafasan peringkat akhir termasuklah penyakit paru-paru kronik interstitial. Kriteria-kriteria bagi diagnosis penyakit adalah :-
a. Memerlukan terapi oksigen yang berterusan akibat daripada nilai ujian FEV 1 yang konsisten kurang daripada satu (1) liter (FEV merujuk kepada isipadu hembusan terkuat pada satu saat pertama ketika menghembuskan nafas dengan kuat)
b. Analisis gas-gas darah arteri dengan tekanan separa oksigen yang sama atau kurang daripada 55mmHg; dan
c. Dyspnoea (Kesukaran Bernafas) ketika rehat.
18. Pemindahan Organ Utama
Merujuk kepada pemindahan sebenar sebagai penerima organ-organ manusia berikut :-
a. Buah Pinggang 
b. Paru-paru 
c. Hati 
d. Jantung 
e. Sum-sum Tulang
19. Kanser
Kanser didefinasikan sebagai tumbesaran tidak terkawal dengan merebaknya sel-sel malignan dengan penyebaran serta pemusnahan tisu-tisu yang normal di mana rawatan yang penting atau pembedahan (tidak termasuk prosidur endoskopik semata-mata) amat diperlukan. Kanser tersebut haruslah dibuktikan secara histologi terdapatnya bukti-bukti malignan. Keadaan-keadaan berikut adalah dikecualikan :-
a. Carcinoma in situ termasuklah cervix.
b. Ductal carcinoma in situ di bahagian payudara. 
c. Papilary Caricinoma di bahagian pundit kencing dan tahap 1 kanser kalenjar Prostate. 
d. Kesemua kanser kulit kecuali malignant melanoma. 
e. Hodgkin’s Disease Tahap 1 
f. Tumor yang dimenifikasikan akibat daripada komplikasi penyakit AIDS (Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Melawan Penyakit).
20. Anemia Aplastik
Merupakan kegagalan yang kronik serta berterusan ke atas sum-sum tulang di mana sum-sum tulang gagal menghasilkan sel-sel baru dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya salah satu dari yang berikut :-
a. Pemindahan darah yang tetap dan berterusan.
b. Agen perangsang sum-sum 
c. Agen penahan sistem imun 
d. Pemindahan sum-sum tulang.
21. Penyakit Motor Neuron
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui sebabnya adalah bercirikan kemerosotan secara progresif trek-trek kortikospinal dan sel-sel anterior horn atau neuron-neuron bulbar efferent. Ini termasuklah spinal muscular atrophy progresif bulbar palsy, amyotrophic lateral sclerosis and primary lateral sclerosis. Diagnosis haruslah disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi.
22. Penyakit Parkinson
Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan akan penyakit Parkinson oleh Pakar Perunding Neurologi denga keadaannya :-
a. Tidak boleh kawal dengan pengambilan ubat dan
b. Menunjukkan tanda-tanda kehilangan fungsi yang progresif.
Penilaian adalah diperlukan bagi mengesahkan ketidakmampuan peserta untuk melakukan tanpa sebarang bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti-aktiviti harian yang didefinasikan kemudian daripada ini.Hanya penyakit Parkinson yang tidak diketahui puncanya dilindungi. Lain-lain bentuk Penyakit Parkinson seperti akibat penyalahgunaan dadah atau akibat bahan-bahan toksik adalah dikecualikan.
23. Penyakit Alzheimer / Irreversible Organic Degenerative Disorder
Kemerosotan atau kehilangan fungsi kapasiti intelektual atau kelakuan tidak normal yang dibuktikan secara klinikal serta melalui soal-jawab piawai yang diterima atau ujian pengesahan bahawa ianya akibat Penyakit Alzheimer atau Irreversible Organic Degenerative Disorder (dikecualikan daripada ini adalah neurosis, penyakit psikiatri dan sebarang penyakit organic akibat dadah/ubat atau alkohol) menyebabkan kekurangan nyata pada fungsi mental dan social yang memerlukan pemerhatian rapi ke atas Peserta. Diagnosis haruslah disahkan secara klinikal oleh Pakar Perunding berkaitan.
24. Sindrom Apllic
Keadaan di mana terdapat kematian tisu yang menyeluruh ke atas korteks (Lapisan Luar) otak manakala tangkai otak (brainstem) tidak terjejas. Diagnosis haruslah dishkan oleh pakar Perunding Neurologi dan mestilah didokumentasikan sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
25. Muscular Dystrophy
Diagnosis bagi penyakit ini memerlukan pengesahan dari Pakar Perunding Neurologi dengan kombinasi sekurang-kurangnya tiga (3) daripada empat (4) keadaan berikut :-
a. Sejarah keluarga yang positif. 
b. Bukti klinikal termasuklah hilangnya deria sentuh, cecair cerebro-spinal yang normal serta sekurang-kurangnya refleks pada tendon.
c. Ujian electromyogram yang mengesahkan kewujudan penyakit. 
d. Disyaki secara ujian biopsy ke atas otot. Kanak-kanak adalah dikecualikan daripada definisi ini.
26. Multiple Sclerosis
Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan oleh Pakar Perunding Neurologi yang mengesahkan kombinasi berikut, yang telah berlanjutan sekurang-kurang untuk tempoh enam (6) bulan.
a. Gejala-gejala yang merujuk kepada trek (Jisim Putih) yang melibatkan saraf optic, tangkai otak dan saraf tunjang, mengakibatkan defisit neurologikal yang nyata. 
b. Bahagian yang terlibat sama ada secara berbilang atau berasing, dan 
c. Sejarah lampau yang didokumentasikan dengan jelas berlakunya perubahan penyakit atau gejala kepada lebih teruk dan perubahan-perubahan sementara penyakit kepada lebih baik.
27. Poliomyelitis
Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan berlakunya jangkitan Poliovirus oleh Pakar Perunding Neurologi yang menyebabkan penyakit lumpuh dibuktikan dengan gangguan terhadap fungsi motor atau kelemahan pada sistem pernafasan. Kes-kes yang menyebabkan tidak berlakunya kelumpuhan adalah tidak layak bagi manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh ( Contohnya Sindrom Guilain Barre) adalah dikecualikan.
28. AIDS Akibat Pemindahan Darah
Keadaan di mana Peserta dijangkiti oleh Virus HIV atau AIDS dengan syarat :
a. Jangkitan tersebuat disebabkan oleh pemindahan darah yang berlaku di Malaysia atau Singapura selepas Sijil Tambahan ini berkuatkuasa. 
b. Peserta bukannya seorang yang berpenyakit Haemophulia dan
c. Peserta tidak tergolong di dalm mana-mana kumpulan berisiko tinggi seperti tetapi tidak terhad kepada homoseksual penagih dadah dan pekerja seks. Pemberitahuan serta bukti berlakunya insiden tersebut adalah diperlukan melaui kenyataan daripada Pihak Berkuasa Kesihatan bahawa jangkitan tersebut adalah diperolehi secara perubatan.
29. Hilang Upaya Penglihatan
Kehilangan penglihatan kedua-dua mata yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi. Perakuan daripada Pakar Mata adalah diperlukan.
30. Penyakit Terminal
Peserta menderita sesuatu penyakit di mana Pakar Perunding Perubatan yang berkenaan berpendapat bahawa kemungkinan besar ianya akan menyebabkan kematian dalam tempoh dau belas (12) bulan. Peserta tidak menerima lain-lain rawatan yang aktif selain dari rawatan bagi mengurangkan kesakitan. Penyakit Terminal yang disebabkan oleh AIDS adalah dikecualikan.
31. Kelecuran Utama
Kelecuran tahap tiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada tubuh Peserta mengikut skala “The Rule of 9” Carta permukaan Tubuh Badan Lund & Browder.
32. Hilang Upaya Pertuturan
Kehilangan upaya untuk bertutur yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi bagi tempoh berterusan selama dua belas (12) bulan. Bukti perubatan mengesahkan kecederaan atau penyakit ke atas peti suara bagi menyokong ketidakupayaan ini mestilah daripada Pakat telinga, Hidung dan Tekak. Sebab-sebab psikiatri bagi manfaat ini adalah dikecualikan.
33. Hilang Upaya Pendengaran
Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi akibat daripada penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometri atau ujian ambang bunyi mestilah dikemukakan.
34. Hilang Upaya Pergerakan Bebas
Pengesahan daripada Pakar Perunding Perubatan terdapatnya hilang upaya melakukan pergerakan bebas yang berlarutan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan (6) bulan dan mengakibatkan ketidakupayaan yang kekal untuk melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian seperti yang akan ditakrifkan kemudian daripada ini sama ada menggunakan atau tidak sebarang peralatan mekanikal, peralatan khas atau alat bantuan atau penyesuaian bagi orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud di luar harapan untuk sembuh dengan pengetahuan serta teknologi yang terkini.
35. Lumpuh / Paraplegia
Kehilangan fungsi kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki atau satu tangan dan satu kaki yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi disebabkan oleh penyakit atau keceraan yang berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh berlakunya trauma atau penyakit tersebut.
36. Trauma Kepala Utama
Kecederaan fizikal terhadap kepala mengakibatkan kerosakan fungsi yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh waktu tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Kerosakan fungsi ini haruslah disahkan oleh Pakar perunding Neurologi dan dipersetujui oleh Peagawai Perubatan Syarikat dan haruslah berkesudahan dengan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian seperrti yang ditakrifkan kemudain daripada ini, sama ada menggunakan atau tidak sebarang perlatan mekanikal, peralatan khas, atau alat bantuan atau penyesuaian bagi orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud di luar harapab untuk sembuh dengan pengetahuan serta teknologi yang terkini.
37. Cardiomyopathy
Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan oleh Pakar Perunding Jantung akan penyakit Cardiomyopathy yang menyebabkan kerosakan ke atas fungsi ventrikel, disyaki melaui ujian ECG yang tidak normal dan disahkan akibat pelbagai sebab melaui ujian echo ke atas jantung mengakibatkan kerosakan fizikal yang kekal sekurang-kurangnya pada tahap III klasifikasi keroskan Kardiak Persatuan Jantung New York.
Kelas III – Pembatasan yang nyata – Pesakit bersehat tetapi melakukan aktiviti yang kurang daripada kebiasaannya di mana pada tahap ini pesakit ajan berdepan dengan gejala kesesakan jantung. 
Kelas IV – Ketidakupayaan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa rasa tidak selesa. Gejala kesesakan jantung wujud walaupun ketika berehat. Rasa tidak selesa semakin bertambah dengan bertambahnya aktiviti fizikal. Cardiomyopathy yang disebabkan oleh pengambilan alkohol adalah dikecualikan.
38. Pembedahan Otak
Merujuk kepada pembedahan sebenar ke atas otak melalui pembukaan tengkorak kepala dengan menggunakan blus am. Prosidur Burr Hole atau pembedahan otak akibat daripada kemalangan adalah dikecualikan. Aktiviti kehidupan harian dan duduk daripada pada Radang Otak (Encephalitis) (11). Radang Selaput Otak akibat Bakteria (12) , Penyakit Parkinson (23), Hilang Upaya Pergerakan Bebas (35) dan Trauma Kepala Uatma (37) bermaksud seperti berikut :-
a. Perpindahan – Bangun dan duduk daripada kerusi tanpa bantuan fizikal dari orang lain. 
b. Pergerakan – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik atau dari satu sudut bilik tanpa bantuan fizikal dari orang lain.
c. Pengawalan Perkumuhan – keupayaan untuk mengawal pembuangan air besar dan kecil untuk memelihara kebersihan diri. 
d. Berpakain – memakai atau menanggalkan pakaian tanpa bantuan orang lain.
e. Membersikan diri – Keupayaan untuk memandikan diri secara berendam atau menggunakan pancuran air (termasuklah masuk atau keluar kolam atau bilik mandi) atau membersihkan diri dengan car-cara lain. 
f. Makan – Semua kegiatan memasukkan makanan yang telah disiapkan ke dalam tubuh.
39. Manfaat Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD)
“Keilatan Kekal dan Menyeluruh” di rujuk kepada TPD membawa maksud keilatan yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit yang menyebabkan Peserta tidak mampu atau tidak berupaya untuk melakukan sebarabg kerja, pekerjaan, perniagaan atau profesion untuk menyara diri atau mendatangkan sebarang pendapatan, pampas an atau keuntungan untuk sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan berturut-turut setelah keilatan terjadi dan jika disahkan selepas itu sebagai menyeluruh dan kekal, maka bagi tujuan Sijil Tambahan, Syarikat akan menanggung liabiliti tersebut dari tarikh bermula keilatan tersebut. Kejadian-kejadian berikut juga akan dianggap sebagai keilatan kekal dan menyeluruh :-
a. Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata yang menyeluruh dan tiada harapan untuk sembuh; atau
b. Kehilangan secara terputus dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
c. Kehilangan menyeluruh penglihatan pada sebelah mata dan pergelangan tangan atau buku lali.