TAKAFUL IKHLAS - PROFIL SYARIKAT


TAKAFUL IKHLAS - PROFIL SYARIKAT

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) adalah anak syarikat Malaysian National Reinsurance Berhad, sebuah syarikat re-insurance terkemuka di Malaysia yang tersenarai di papan utama utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini telah memberi kelebihan kepada Takaful Ikhlas untuk berada pada kedudukan yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan Takaful yang boleh diyakini oleh para pelanggan kami. Apa yang lebih penting ialah kami mengendalikan operasi dan menguruskan perniagaan berlandaskan prinsip Syariah.
Anda beroleh jaminan bahawa kami amat komited untuk memastikan semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Perkhidmatan kami berteraskan falsafah "Memudahkan urusan perniagaan" kepada para pelanggan kami.

Wakalah merupakan satu bentuk hubungan perwakilan di antara pengendali (Takaful Ikhlas) dengan peserta. Takaful Ikhlas mengguna pakai kontrak berikut bagi mengawalselia perniagaan kami :-

Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan sejumlah peratusan sumbangan yang telah ditetapkan kepada dana bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain.

Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful Ikhlas untuk mengendalikan urusan dana bagi pihak dirinya
Model Takaful Ikhlas juga membolehkan penggunaan pengantara sebagai saluran untuk memberi perkidmatan lebih baik kepada para pelanggan, mengurus pembayaran lebihan dan keuntungan yang berkaitan dengan peserta lebih baik serta membuat pengiraan pulangan bersama berdasarkan kadar bulanan.













Apa itu Takaful?

Penggunaan konsep Tabarru'at yang bermaksud menderma secara ikhlas dengan bersyarat. Setiap peserta takaful akan berniat untuk mendermakan wangnya untuk diurus oleh syarikat takaful dan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Konsep tolong-menolong sangat ditekankan di sini.

Perbezaan Takaful dan Insurans.

TAKAFULINSURANS
Tertakluk kepada AKTA TAKAFUL 1984Tertakluk kepada AKTA INSURANS 1963 ( Pindaan 1996)
peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru'at (mendermasecara ikhlas)Pemegang polisi dikenakan bayaran premiumatas perlindungan
Pihak syarikat merupakan Pengendali risikoPihak syarikat merupakan Penanggung risiko
penyertaan Takaful merupakan satu akad di antara Peserta dan Pengendali TakafulPembelian Insurans adalah satu kontrakdiantara penginsurans dan pemegang polisi
Terdapat Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan semua transaksi Syarikat berpandukan Syariat IslamTiada Majlis Pengawasan Syariah. Yang mungkin terdapat ialah Majlis Penasihat untuk dana islam (bukan insurans)
Tidak ada unsur riba', maisir (judi) dan gharar (tidak ketentuan) terlibatTerdapat unsur riba', maisir(judi) dan gharar(tidak ketentuan)
HALAL di sisi IslamJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa Insurans nyawa adalah HARAM - sila rujuk fatwa online

Tiada ulasan: